Latest Entries »

aneh???

salam ,jam sekarang menunjukkan pkul 4.14 pagi…..wah akhfieq x tido? nie first time die wat perangai pelik x tido malam kt kampus nie….niat nk wat assgmnt yang belambak2.alhamdullilah asgmnt tu pun dah siap….wah boleh lah balik weekend nie….boleh ker? x boleh kot sbb sabtu nie kampus saya ada wat kelas ganti ..dh macam budak sekolah rendah lakk.itu lah hakikatnye sbb ramai diantara kita nk balik kampung awal waktu cuti raya….ckp pasal raya x sedar mgg depan datangnya ramadahan….alhmdullilah saya dapan jumpa ramadhan pada kali ini…..

hari sangat memenatkan n memeningkan,mgg nie boleh dikatakan saya berada dalam keaadaan yang sangat tertekan…

mgkin risaukan asgmnt kot….atau mgkin dh dkt 3 mgg x blk kt umah…atau ade sbb lain??sye rse mgkn sbb ketige2 nye skli….hari nie saya tiada kelas tapi meronda2 di sekitar kampus bukan wat sesae pun,mula2 pergi studio kad metrik ingatkan nk ganti kad metrik yg ilang arietu tapi naseb x baik studio tu tutup lah…sye gerak ke kdai photostate untuk amek nota subjek gov.n politics …wah berat gak…nota tu roomate sye yg punyer,dier demam so sye bantu die….kemudian yang paling saya suke hari nie adalah teman roomate sye gi klinik kampus.mmg best mmg x dpt sye lupakn..bayangkan dh dekat setahun bermastautin kt kampus nie ,nie baru first time saya masuk klinik kampus,klaka kn,nie bukan sbb sye yg saket,cuma teman kn roomate je…wah mmg byk mende yang menarik kt klinik tu…

mmg agak geram sbb terpakse tgg lame kt depan klinik,hampir satu jam ,saya paham sbb tgh lunch hour tp aper leh wat roomate sye x larat sgt so sye teman je lah,saya dgn dye tgg je kt luar klinik,makin lama makin ramai lak student yg dtg,wah boleh tambah kenalan lah cmnie…

dh pkul 2 petang klinik pun dh buka….kawan saya masuk,isi borang lah dn mcm2 lagi….saya duduk je kt ruangan menunggu..ade yg dtg kaki terseliuh,lpa tu dtg 2 kereta jejake2 berkace mate hitam…wah sangkaan saya mereka nie nk bajet2 macho,,,dh lah budak batch sye …mereka masuk ke klinik ingatkn ape ,rupe2nyer sume mamat 2 saket mate..kesian sangat,x berani saya nk pandang diorang silap2 saye lk yang kene…

bosan gak duk sorang2…saya cuba memeberanikan diri saya ,at last saya menjadi terlampau berani,sume orang kt klinik tu saya tegur dh mcm pekerje sosial je…tapi mmg best.seronok sgt dpt berbual dgn orang.mmg hobi saya berbual,saya rasa saya je yg x sakit mase tu…ada lagi kelakar,saya baru je nk berbual dgn srang bdk lelaki nie pastu cpat2 dier pergi igtkan x suke saye ke aper rupenyer sakit perut ,mgkin keracunan makanan kot….wahh cm lipas kudung berlari..ye lah takut tertinggal bau kot…mmg klaka…..tapi dalam kelakar2 tu saya mmg sgt bersimpati dgn diorang .saya sgt bersyukur sbb x de penyakit..allah beri nikmat sihat nie…insya allah saya x akan sia2kn…..

malam pula saya pergi library,jalan kaki..nie pun first time gi masuk library waktu malam,.,,klaka kn mmg sye suke gi lib tp waktu sian e sbb mlm mmg mase untuk saya rehatkn badan kt hostel…sye bru je lepak 15 menet kt dlm tu pastu ader pengunguman  yg libry akan ditutup dlm mse 10 minit ..lagi klaka…..x panas lagi seat sye tu…..mmg slh sye pun mner ader gi libry kol9.15..mmg pun diorang patut tutup…..tergesa2 sye kuar dri library tu..

balik dari library saya saya lalu kt tasi n susur kt hostel2 sisiwi….mmg best jln2 waktu malam tenang je,,cantik sgt,nmpk masjid kampus yg kt atas bukit tepi tasik tu….tenang lk hati…sesampai nye kt hostel sye beli makanan kt cafe..saya wat kerje gile lagi,makan kt tepi hostel orang.hostel sendri ader x nk balik….klaka kn…sume ingat cm sye x de bilik….lpas makan saya x balik bilik lagi,saye kol kwan sye yg kt hostel laen tuajk dier borak2 kt hostel(blok) yg lain lk..huhhuu almaklumlak kampus sye ader 15 hostel(KOLEJ) sume sye nk lawat….duduk la kt hostel yg agk jauh dr hostel kami..berborak2 smpai kol 2 …naseb bek klas kami pkol 12.30 …..nie bkn first tyme..klo borak ader satu hari tu lagi lewat sampai kol 5 pagi…..mmg best….dier dh mcm teddy bear sye dh kt snie…..inbox masalah sye….

nk naek bilik dh kol 2…..tapi sye naek gak….smpai bilik dh kemas2kn diri…saye x ngantok gak..setelkn asgmnt.alhmdullh dh siap gak..tapi x nk gak tdo dh hampir kol 5 nie…..

wah mmg sgt aktif diri nie….

wallah hu alam

terpanggil hati ini untuk berkongsi dengan kalian tentang diskusi yang sangat hangat di kelas saya sebentar tadi…..diskusi ini sangat hangat kerana menyentuh sensitiviti sesetengah pihak..acara diskusi ini berlangsung dalam kelas ustaz ahmad faiz…asalnya kami membicarakan tentang tamadun islam dari andalus hingga kedatangannya ke tanah melayu..ntah kenapa tajuk kami beralih kepada akhlak.

ooh mungkin kerana banyak sangat soalan yg diajukan oleh rakan2 kelas,terutama sahabat2 wanita.dalam kelas kami hanya ada 4 orang student lelaki dan selebihnya student perempuan kami student lelaki cool je….biase lah student perempuan agak kecoh sikit banyak kemushkilan tentang soalan agama nie….

dalam beberapa ketika terbangkit isu free hair dgn tudung labuh nie….ade soalan dari student free hair nie “ustz x sume yg free hair tu jahat,yg tudung labuh tu banyak je buat dosa.dont judge a  book by its cover” jawapan ustz simple je ” yang tudung labuh tu dah ikut syariat tutup aurat yang lain tu biar Allah yg tentukan, atleast dier dh taw pe tanggung jawab dier sbgai seorang muslimat ”

pada pandangan saya setiap manusia x terlepas dari melakukan dosa….tapi sekurang2nya kita boleh minimize dosa yg kita lakukan…

mmg lah yang tudung labuh ade mlakukan dosa tapi harus diingatkan dier dah mengikut suruhan Allah iaitu menutup aurat manakala yang freee hair tu die dh lah x tutup aurat malahan melakukan dosa..mmg bukan hak saya untuk menetapkan dosa pahala.saya hanya boleh menilai tidak boleh menghukum…

sebagai seorang lelaki sudah tentu saya akan memilih yg bertudung dari yg free hair,klo free hair mingkin tanggung jawab saya lebeh besar kerana perlu membimbing die ke jalan yg benar.pernah seorang sahabat taaruf saya mengatakan perempuan ini diibaratkan makanan ,jika di tutup insy Allah baik dan sihat untuk badan,jika yang terdedah ,faham2 lah……saya bukan nk mendiskriminasikan sesiape,hakikatnya say ramai je kawan yang bertudung labuh ,yg free hair pun ramai gak.tapi kita harus sama2 berdoa untuk kebaikan dan mudah2han Allah memberi mereka hidayah..

wallahhu alam’

manusia tidak besyukur


Pernahkah kita terfikir apakah tujuan sebenar kita diciptakan ke dunia ini. Sedangkan dari sebesar-besar gunung hingga ke sekecil-kecil semut pun ada tujuannya tersendiri, inikan kita yang sempurna dan indah ciptaan-Nya. Maha Suci Allah yang tidak lengah(lalai) pada ciptaan-Nya.

Tidak pernah terdetikkah untuk apa kita dijadikan? Adakah manusia sekadar penghias dunia semata-mata, atau lebih kepada PEROSAK DUNIA?

Maka apakah kamu mengira bahwa kami menciptakan kamu main-main (tanpa ada maksud) dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami?.

(Al-Mu’minun:115).

Jelas bahawa setiap satu ciptaan itu ada tujuannya. Seorang tuan rumah pun akan memarahi  pembantu rumahnya, (bibik) jika dia tidak tahu tujuan dia diambil bekerja. Apatah lagi kita manusia ciptaan Allah yang menikmati pelbagai nikmat kurniaanNya.

Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaku.

(az-Zariyat: 51)

Allah s.w.t telah berfirman dengan jelas tentang tujuan ini di dalam ayat Al-Quran. Sedarkah kita dengan tugas kita ini???

Dan ingatlah ketika tuhanmu berfirman kepada para malaikat, “Aku ingin menjadikan khalifah di bumi”. Mereka berkata ” Apakah kau hendak menjadikan orang yang merusak dan menumpahkan darah di sana, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?” Dia berfirman, ” Sungguh Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui.”

(Al-Baqarah:30)

Maha suci Allah menjadikan kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Betapa berat dan besar amanah, tugas yang perlu kita pikul. Khalifah berperanan mengurus dan mentadbir bumi mengikut hukum Allah yang telah ditetapkan . Adakah kerja keras kita selama ini hanyalah berusaha untuk mencari kejayaan demi kesenangan sendiri menepati kehendak TUAN KITA INI?.

Adakah Pengarah sebuah syarikat pembinaan akan merasa gembira dengan kerja-kerja pekerjanya yang membina HOTEL walaupun ditugaskan membina deretan rumah kedai?.

Katakanlah (Muhammad), “Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin, Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.”

(Yusuf:12)

Kita juga berperanan untuk menyambung jejak langkah Rasulullah S.A.W menyeru manusia mencari keredhaan Allah S.W.T. Malulah kita kepada sang semut yang kerdil andai mereka lebih cekap dan effisyen dalam menjalankan tanggungjawabnya. Setelah beraneka rahmat dikurniakan kepada kita dari sihat tubuh badan hingga kepada kebijaksaan dalam pembelajaran, adakah kita masih mahu lari dari tanggungjawab kita ini?.


Andai satu hari nanti segala jenis pinjaman yang kita miliki seperti kekayaan, kesihatan dan kebijaksaan ditarik adakah kita tidak malu merayu meminta agar ianya dikembalikan?. Sedangkan sebelum ini kita tidak pernah peduli tentang TUJUAN ia dipinjamkan kepada kita.

Malangnya kita jika mengabaikan tanggungjawab kita ini. Pastikah kita dimana tempat kita diakhirat kelak? Dunia hanyalah satu OASIS yang perlu kita tinggalkan setelah menjalankan tanggungjawab dan tugas yang diberi. Berilah apa saja alasan kerana sesungguhnya hanya DIA yang mengetahui bila saat kita akan kembali padaNYA.

salam alaykh…

rindu saya hendak menulis nie ALLAh saje yang tahu…hampir 3 mingggu saya x update blog nie…macam2 hal dh terjadi …

dah 2 minggu saya di kampus.suasana yang amat saya rindu..rakan2 kuliah.pensyarah2 yang baik dan staf2 yang sangat mesra..semuanya masih sama seperti mula2 saya menjejakkn kaki di kampus nie..bezanya cuma saya naik kepadas satu tahap .

intake kali ni agak ramai…hampir 2600 orang.bayangkan semakin ramai student di kampus saya…saya sangat mengalu2 kn kehadiran mereka disini.hampir saya x dapat bezakan mana satu junior n mana satu senior…ada dikalangan mereka menganggap saya juga sebahagian dari batch mereka..tapi saya ambil itu sebagai sesuatu yg positif..mungkin sebagai pujian…

mereka ini telah menjadi sebahagian dalam kampus saya ….mereka juga keluarga baru saya,sebagai adik2 saya..harap sangat mereka faham apa tujuan sebenar mereka datang ke sini…menuntut ilmu…..sama2 kita doa kn supaya Allah permudahkn perjalannan mereka di kampus nie….

hamba Allah ke hamba ukhwah???

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” – Surah Ali Imran: 104


Meniti hari dengan penuh kesan dakwah dihati memang sungguh menceriakan. Lebih-lebih lagi apabila yang berjuang seiring itu adalah sahabat sejati. Kadang-kala saya terfikir, apakah kerana persahabatan itu dakwah berjalan dengan lancar tanpa secalit noda. Bahkan berkali-kali saya terfikir… Andai itu benar, berkali-kali saya merasakan kemalasan untuk menghadiri sesetengah meeting dek kerana segolongan manusia yang saya tidak gemar pembawakannya.

Berkali-kali juga saya meneropong diri. Kadang-kala saya menemui titik awal masalah, tetapi kebanyakannya saya buntu. Bila saya buntu, saya akan terus berfikir dan berfikir. Sehinggakan jika terjaga pada waktu tengah malam juga, fikiran saya terimbas akan sesetengah perkara itu.

Pada pandangan saya, ukhuwwah itu merupakan titik tolak runtuhnya sesebuah organisasi. Mengapa saya berkenyataan begitu? Anda pernah terfikir mengapa sesebuah parti politik boleh kehilangan ahlinya dek kerana lompat parti? Ahh.. anda fikir sendiri.

Saya merasakan bahawa ukhuwwah itu hanyalah salah satu nikmat dan ujian dalam berdakwah. Sungguh nikmat jika ada sahabat yang boleh sama-sama tegur-menegur akan kesalahan kita. Alangkah nikmatnya jika ada sahabat yang mampu seikhlas hati menolong di dalam kesusahan persis Khulafa’ al Rasyidin… Nikmatnyaa…

Tetapi, alangkah malangnya jika sahabat yang dianggap sahabat menconteng arang kemuka kita. Menikam terus kedasar hati lalu kita rebah lalu tidak bangun-bangun kembali. Dan saat itu, apakah kerana sahabat yang tidak berperikemanusiaan itu kita jatuh lalu terbuang ke satu daerah yang jauh dan sangat jauh dari trek dakwah itu sendiri? Apakah? Apakah?

Ya jika anda telah menjadi hamba UKHUWWAH tetapi buka hamba ALLAH.

Saya selalu terfikir. Saya berdakwah dan terlibat dengan dakwah bukan kerana ukhuwwah tetapi kerana Allah. Saya dipanggil Allah untuk terlibat di dalam dakwah, bukanya dipanggil oleh ukhuwwah.

Saya juga pernah beberapa kali jatuh dalam medan ini. Berkat pertolongan Allah, saya bangun kembali dan apabila saya menoleh kembali kebelakang, saya tersenyum dan berkata apapun takkan mampu mengatasi kuasa Allah dalam menjatuh bangunkan manusia

WALLAHU ’ALAM..

pertemuan….

ukhwah fillah fi abadan abada

Ya Allah,mmg kebesaranmu mempertemuakan saya dengan rakan sekolah rendah.hampir 8 tahun x jumpe dengan mereka…teknologi ini yang merupakan medium penyambung ukhwah kami….

memang tidak disangka perpisahan kami di umur 12 tahun mula tersambung setelah masing2 hampir berusia 20 tahun,syukur padamu ya rabb..semua ada halatuju sendiri,kebanyakan dari mereka menyambung pengajian di peringkat universiti.Alhamdullilah,rakan2 saya berjaya melaksanakan tugas mereka sebagai anak tambahan pula sebagai khalifah di muka bumi ini.

idea ini tercetus oleh seorang sahabat ,mohd khairi.dia yang memulakan aktiviti pengumpulan rakan2 kami.usaha khairi tu mmg berhasil. rupa2nya bukan saya sahaja yang tertunggu2 detik ini bahkan ramai lagi yang mempunyai niat yang sama..kami masih merancang untuk berjumpa secara realiti,buat  masa ini kami hanya berbual2 diantara kami dengan mengunakan lama social networking yang ada,alhamdullilah kami dapat manfaatkan tenologi yang ada dengan sebaik2nya.kami masih merancang untuk pertemuan ini, yang lain kami serahkan pada Allah. Diharap kalian semua dapat doa kn pertemuan kami,mungkin waktu sekarang tidak sesuai kerana cuti semester kami hampir habis,mungkin di lain waktu .

saya sangat merindui zaman itu,tawa seorang sahabat masih segar dalam ingat,cuma kejanggalan saya untuk bertemu dengan mereka akan membuat perasaan saya bertambah malu,hakikat yang x boleh di sembunyikan ,ikatan uhkwah seorang sahabat diantara sahabatnya yang lain hanya boleh dipisahkn oleh maut…..

wallahu a’alam bil muradik…

setiap nikmat mestilah diikat dengan tali kesyukuran

saya terpanggil untuk menulis entri nie sebab saya rasa ramai dalam kalangan kita nie yang x pernah bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah.semua di dunia ni merupakan nikmat dari Allah,kita sebagai hambanya seharus bersyukur dengan apa yang ada,Mahukah anda di kategorikan sebagai hamba yang kufur nikmat.walauapapun yang dikurniakan haruslah kita mengucapkan syukur kepadaNYA.

sebagai contoh semasa kita sihat ni,kurniaan sihat yang dikurniakan Allah harus dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.Beribadatlah seperti kamu akan mati esok hari.ramai yang leka dengan nikmat yang diberi kepada mereka.semalam saya berkesempatan berbual dengan seorang rakan baik saya di alam maya tentang syukur dan nikmat ini..

sahabat ; bersykur dengan bersujud ke atasNYa..

saya ; betul harus diingatkan setitik air yang jatuh dari daun pun di kira nikmat….

sahabat; apetah lg nikmat kehidupan kt dunia nih.. bersyukurlah..

saya ; sesungguhnya orang yang x bersyukur adalah golongan kufur nikmat…..

sahabat     :Pencipta xpernah lupa memberikan nikmat pd  hambaNya je yg selalu lupa bersyukur..

Pencipta xpernah lupa memberikan nikmat pd hmbaNya,hambaNya je yg selalu lupa bersyukur..

saya:              kita seharusnya ambil iktibar dgn kaum terdahulu ,mereka sume kufur nikmat,sbg cntoh ad  n  tsamud..

sahabat  ; manusia zaman sekarang telah kembali menuruti tingkah laku zaman terdahulu..

saya :    mmg pun…..mende dulu bkan je sejarah tapi pengajaran…sume lalai n banyak buat mende lagho.

sahabat ;yerlah, mcm omputih ckp la, history will be repeating itself, klu kita xamek iktibar dri nye..

saya :kadang2 mereka rase dunia nie x kan lenyap..mantain je smpai ble,n also diorang rse lame lagi diorang akan mati byk lah mase nk taubat….tp tu sume slh..mende paling hampir dgn kita                adalah maut..so be prepared…

sahabat   :yer, btol skali.. dan kite kne igt, mati tu PASTI.. xkire la ble kan..dunia pn da smpi ke pnghujungnyer.. xde bnde yg kekal, sumenyer fana je kt dunia nih..

saya : na’am,kembali pada quran….jadikn islam sbgai cra hidup..percayalah..setiap soalan kita jawapannya pasti ada dlm quran….jaminan Allah x perlu diragui….

sahabat :berbahagia la siapa yg bertemu dengan cinta Ilahi, rugi lah bg mereka yg menjadi pencinta dunia..

begitulah perbualan saya dan sahabat,saya memang gemar berbual dengannya kerana pendapat yang diberikan memang logik,kadang2 perbualan ilmu ini dapat menginsafi diri ini tentang kebesaran Allah,kita manusia kene saling ingat mengingati antara satu sama lain.wallah hu a’lam bi sawwab…..

…jiwa sakit…

Jarang sekali kita bertanya kepada orang, apa khabar jiwa awak? Tetapi sering kali kita bertanya, apa khabar awak hari ini? Mungkin sesiapa yang bertanya sedemikian, mungkin pelik bunyi dan loghatnya. Tetapi, itulah hakikatnya.

Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya selalu sakit. Sakit dek emosi kita, jiwa kita, perasaan kita. Apabila kita sering sakit-sakit badan, kita akan terus pergi berjumpa doktor ataupun pakar yang boleh merubati sakit kita itu. Mungkin sakit gigi, demam, sakit urat ataupun sebagainya. Kerana sakit kita itu, kita nampak, kita sedar tentang sakit kita. Lantas kita pergi berubat. Mencari ubat yang sepatutnya untuk sakit kita itu.

Namun, jarang sekali apabila kita sakit emosi, sakit perasaan ataupun sakit hati, kita terus ingin berubat ataupun kita ingin mencari penawar sakit kita itu. Jarang. Kebanyakkannya akan memendam terlebih dahulu. Memeram biar jadi panas, lantas membakar diri sendiri.

Jadi, hendaklah kita cepat bertindak untuk mengubati hati kita yang resah, hati kita yang mati, hati kita yang tidak tenteram untuk terus segar dan bersemangat dalam menghadapi pelbagai masalah dan ujian.

Sebelum kita mencari ubat dan penawar hati kita yang sakit itu, hendaklah kita mengetahui dahulu kenapa hati kita itu sakit.

Antara masalah membuatkan hati kita sakit:

1) terlalu banyak kerja – assignment, homework, kerja rumah, kerja pejabat
2) suka berdengki dengan orang – dengki dengan sahabat, dengki dengan jiran, dengki dengan keluarga
3) suka mencari masalah orang
4) banyak bercakap, jadi banyak terguris hati orang
5) suka berfikiran negative
6) banyak angan-angan
7) sangat malas
8) orang yang sensitif

maaflah entri ni sangat panjang…disini saya selitkan kisah seorang yang mempunyai jiwa yang sakit,mari kita renungkan…

Dalam sebuah kisah, Ibrahim b. Adham sedang berjalan-jalan di negeri Bashrah. Penduduk Bashrah melihatnya segera datang, dan bertanya, “Ya Ibrahim, mengapa doa kami tidak dimakbulkan, padahal Allah telah berfirman, ‘Apabila hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka katakan bahawa aku dekat. Aku memakbulkan doa orang yang berdoa, apabila ia berdoa kepadaKu…’2:186.”

Lantas Ibrahim menjawab, “Wahai penduduk Bashrah, hal itu adalah kerana HATI kalian TELAH MATI dengan 10 perkara. Jika begitu, bagaimana ALLAH akan memakbulkan doa kalian?” “Ya Ibrahim, apakah 10 perkara itu?”
Tanya penduduk Bashrah….
1) Kalian kenal ALLAH tetapi tidak menunaikan hak-hakNYA.
2) Kalian membaca ALQURAN tetapi tidak mengamalkan isi-isinya.
3) Kalian mengakui cintai RASULULLAH tetapi tidak amalkan sunnahnya.
4) Kalian mengakui membenci SYAITAN tetapi menuruti ajakannya.
5) Kalian mengakui ingin masuk SYURGA tetapi tidak memenuhi syarat-syaratnya.
6) Kalian mengakui ingin selamat dari api NERAKA tetapi kalian menjerumuskan diri ke dalamnya.
7) Kalian meyakini kepastian KEMATIAN tetapi kalian tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
8) Kalian sibuk membicarakan KEBURUKAN ORANG tetapi kalian mengabaikan keburukan sendiri.
9) Kalian MENGUBURKAN orang mati tetapi kalian tidak mengambil pengajaran daripadanya.
10) Kalian mendapat NIKMAT ALLAH tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Mengikut Ibnul Qayyim rahimahullah pula, beliau menyebutkan ada lima perkara yang menyebabkan rosaknya hati, antaranya,

1. Bergaul dengan banyak kalangan

Pergaulan adalah perlu, tapi tidak asal bergaul dan banyak teman. Pergaulan yang salah akan menimbulkan masalah. Teman-teman yang buruk lambat laun akan menghitamkan hati, melemahkan dan menghilangkan rasa nurani, akan membuat yang bersangkutan larut dalam memenuhi berbagai keinginan mereka yang negatif.

Dalam tatapan realiti, kita sering menyaksikan orang yang hancur hidup dan kehidupannya gara-gara pergaulan. Biasanya output semacam ini, kerana motivasi bergaulnya untuk dunia. Dan memang, kehancuran manusia lebih banyak disebabkan oleh sesama manusia.

Kerana itu, kelak di akhirat, banyak yang menyesal kerana salah pergaulannya. Allah berfirman:

“Dan (ingatlah) hari (ketika itu) orang yang zalim menggigit dua tangannya seraya berkata, ‘Aduhai (dulu) kiranya aku mengambil jalan bersama-sama Rasul. Kecelakaan besarlah bagiku, kiranya aku (dulu) tidak menjadikan si fulan itu teman akrab(ku). Sesungguhnya dia telah menyesatkan aku dari Al-Qur’an ketika Al-Qur’an itu telah datang kepadaku.”
(Al-Furqan: 27-29)


“Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain, kecuali orang-orang yang bertakwa.” (Az-Zukhruf: 67)


“Sesungguhnya berhala-berhala yang kamu sembah selain Allah adalah untuk menciptakan perasaan kasih sayang di antara kamu dalam kehidupan dunia ini, kemudian di hari Kiamat sebahagian kamu mengingkari sebahagian (yang lain) dan sebagian kamu melaknati sebahagian (yang lain), dan tempat kembalimu adalah Neraka, dan sekali-kali tidak ada bagimu para penolong.” (Al-Ankabut: 25).


Inilah pergaulan yang didasari oleh kesamaan tujuan duniawi. Mereka saling mencintai dan saling membantu jika ada hasil duniawi yang diingini. Jika telah lenyap kepentingan tersebut, maka pertemanan itu akan melahirkan duka dan penyesalan, cinta berubah menjadi saling membenci dan melaknat.

Kerana itu, dalam bergaul, berteman dan berkumpul hendaknya ukuran yang dipakai adalah kebaikan. Lebih tinggi lagi tingkatannya jika motivasi pertemanan itu untuk mendapatkan kecintaan dan redha Allah.

2. Larut dalam angan-angan kosong

Angan-angan kosong adalah lautan tak bertepi. Ombak angan-angan terus mengombang-ambingkannya, khayalan-khayalan dusta sentiasa mempermainkannya. Laksana anjing yang sedang mempermainkan bangkai.

Angan-angan kosong adalah kebiasaan orang yang berjiwa kerdil dan rendah. Masing-masing sesuai dengan yang diangankannya. Ada yang mengangankan menjadi raja atau ratu, ada yang ingin keliling dunia, ada yang ingin mendapatkan harta kekayaan melimpah, atau isteri yang cantik jelita.

Tapi itu hanya angan-angan belaka. Adapun orang yang memiliki cita-cita tinggi dan mulia, maka cita-citanya adalah seputar ilmu, iman dan amal salih yang mendekatkan dirinya kepada Allah. Dan ini adalah cita-cita terpuji. Adapun angan-angan kosong ia adalah tipu daya belaka. Nabi memuji orang yang bercita-cita terhadap kebaikan.

3. Bergantung kepada selain Allah

Ini adalah faktor terbesar perosak hati. Tidak ada sesuatu yang lebih berbahaya dari bertawakkal dan bergantung kepada selain Allah.

Jika seseorang bertawakkal kepada selain Allah maka Allah akan menyerahkan urusan orang tersebut kepada sesuatu yang ia bergantung kepadanya. Allah akan menghinakannya dan menjadikan perbuatannya sia-sia. Ia tidak akan mendapatkan sesuatu pun dari Allah, juga tidak dari makhluk yang ia bergantung kepadanya. Allah berfirman, ertinya:

“Dan mereka telah mengambil sembahan-sembahan selain Allah, agar sembahan-sembahan itu menjadi pelindung bagi mereka. Sekali-kali tidak, kelak mereka (sembahan-sembahan) itu akan mengingkari penyembahan (pengikut-pengikutnya) terhadapnya, dan mereka (sembahan-sembahan) itu akan menjadi musuh bagi mereka.” (Maryam: 81-82)


“Mereka mengambil sembahan-sembahan selain Allah agar mereka mendapat pertolongan. Berhala-berhala itu tidak dapat menolong mereka, padahal berhala-berhala itu menjadi tentara yang disiapkan untuk menjaga mereka.” (Yasin: 74-75)


Maka orang yang paling hina adalah yang bergantung kepada selain Allah. Ia seperti orang yang berteduh dari panas dan hujan di bawah rumah labah-labah. Dan rumah labah-labah adalah rumah yang paling lemah dan rapuh.

Lebih dari itu, secara umum, asal dan pangkal syirik adalah dibangun di atas ketergantungan kepada selain Allah. Orang yang melakukannya adalah orang hina dan nista. Allah berfirman, ertinya:

“Janganlah kamu adakan tuhan lain selain Allah, agar kamu tidak menjadi tercela dan tidak ditinggalkan (Allah).” (Al-Isra’: 22)


Terkadang keadaan sebagian manusia tertindas tapi terpuji, seperti mereka yang dipaksa dengan kebatilan. Sebagian lagi terkadang tercela tapi menang, seperti mereka yang berkuasa secara batil. Sebahagian lagi terpuji dan menang, seperti mereka yang berkuasa dan berada dalam kebenaran. Adapun orang yang bergantung kepada selain Allah (musyrik) maka dia mendapatkan keadaan yang paling buruk dari empat keadaan manusia, yakni tidak terpuji dan tidak ada yang menolong.

4. Makanan

Makanan perosak ada dua macam. Pertama , merosak kerana zatnya, dan ia terbagi menjadi dua macam. Yang diharamkan kerana hak Allah, seperti bangkai, darah, anjing, binatang buas yang bertaring dan burung yang berkuku tajam. Kedua, yang diharamkan kerana hak hamba, seperti barang curian, rampasan dan sesuatu yang diambil tanpa kerelaan pemiliknya, baik kerana paksaan, malu atau takut terhina.

Kedua , merosak kerana melampaui ukurannya. Seperti berlebihan dalam hal yang halal, kekenyangan kelewati batasnya. Sebab yang demikian itu membuatnya malas mengerjakan ketaatan, sibuk terus-menerus dengan urusan perut untuk memenuhi hawa nafsunya.

Jika telah kekenyangan, maka ia merasa berat dan keranannya ia mudah mengikuti komando syaitan. Syaitan masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah. Puasa mempersempit aliran darah dan menyumbat jalan bagi syaitan. Sedangkan kekenyangan memperluas aliran darah dan membuat syaitan mudah tinggal berlama-lama.

Barangsiapa banyak makan dan minum, niscaya akan banyak tidur dan banyak merugi. Dalam sebuah hadits masyhur disebutkan:

“Tidaklah seorang anak Adam memenuhi bejana yang lebih buruk dari memenuhi perutnya (dengan makanan dan minuman). Cukuplah bagi anak Adam beberapa suap (makanan) yang bisa menegakkan tulang rusuknya. Jika harus dilakukan, maka sepertiga untuk makanannya, sepertiga untuk minumannya dan sepertiga lagi untuk nafasnya.”
(HR. At-Tirmidzi, Ahmad dan Hakim, dishahihkan oleh Al-Albani).


5. Kebanyakan tidur

Banyak tidur mematikan hati, memenatkan badan, menghabiskan waktu dan membuat lupa serta malas. Di antara tidur itu ada yang sangat dibenci, ada yang berbahaya dan sama sekali tidak bermanfaat. Sedangkan tidur yang paling bermanfaat adalah tidur saat sangat dibutuhkan.

Segera tidur pada malam hari lebih baik dari tidur ketika sudah larut malam. Tidur pada tengah hari (tidur siang) lebih baik daripada tidur di pagi atau petang hari. Bahkan tidur pada petang dan pagi hari lebih banyak madharatnya daripada manfaatnya.

Di antara tidur yang dibenci adalah tidur antara solat Subuh dengan terbitnya matahari. Sebab ia adalah waktu yang sangat strategik. Kerana itu, meskipun para ahli ibadah telah melewatkan sepanjang malamnya untuk ibadah, mereka tidak mahu tidur pada waktu tersebut hingga matahari terbit. Sebab waktu itu adalah awal dan pintu siang, saat diturunkan dan dibagi-bagikannya rezeki, saat diberikannya barakah.

Maka masa itu adalah masa yang strategik dan sangat menentukan masa-masa setelahnya. Kerananya, tidur pada waktu itu hendaknya kerana benar-benar sangat terpaksa. Secara umum, saat tidur yang paling tepat dan bermanfaat adalah pada pertengahan pertama dari malam, serta pada seperenam bahagian akhir malam, atau sekitar delapan jam. Dan itulah tidur yang baik menurut pada doktor.

Jika lebih atau kurang daripadanya maka akan berpengaruh pada kebiasaan baiknya. Termasuk tidur yang tidak bermanfaat adalah tidur pada awal malam hari, setelah tenggelamnya matahari. Dan ia termasuk tidur yang dibenci Rasulullah SAW.

pesanan: carilah hati anda di 3 tempat :

ketika solat

ketika baca quran

ketika mengingati mati

klo x jupe gak doa pada Allah supaya kurniakan sekeping hati supaya dapat jalankan 3 perkara itu dengan ikhlas…

wallah hu a’lam


Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. ” -Surah Al-Baqarah ayat 286

itu adalah maksud sepotong ayat quran dari surah al baqarah yang bru saya baca sebentar tadi.Allah tu maha adil dia x akan uji hambanya kalo dia tahu hambanya x boleh memikul ujian yang diberi olehNYA. Orang yang sabar terhadap ujian Allah Insy Allah akan dapat ganjaran yang amat besar dariNYA.

seminggu yang lepas,keputusan exam seluruh student UiTM telah keluar,di kesempatan ini saya ungin mengucapkan tahniah kepada sesiapa yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang,usaha dan doa anda selama ini didengari Allah,bersyukur padaNYA.kepada senior2 yang dapat menyambung ke peringkat ijazah,diharapkan usaha anda suma berterusan supaya anda dapat apa yang anda impikan,saya hanya dapat doa kan yang terbaik untuk kalian,kepada yang tidak dapat keputusan yang tudak memberansangkan,cuba lagi.mungkin usaha kalian x cukup,ataupun mgkin ada silap dimana2,perlu dikaji setiap kesilapan itu agar jadi pedoman dan pengajaran untuk masa akan datang.

saya bercakap berdasarkan pengalaman,saya uga pernah mengalamiujian dari Allah.sabara dan redha diatas setiap ketentuanNYA.ada seorang sahabat mengadu tentang keputusan examnya yg telah keluar baru2 ini,di sini saya ingin kongsikan sedikit pengalaman hidup saya agar dapat menjadi motivasi kepada beliau untuk memperbaiki diri agar menjadi insan yang lebih baik.

nie kisah 3 tahun lpas,lpas SPM…berita saya dapat masuk universiti mengembirakan sume orang,orang yg paling2 gembira mestilah mama n ayah.Syukur sangat sebab saya pun seperti rakan2 dpt melanjutkan pelajaran ke universiti dalam bidang akaun.Asasi akaun ,setahun lepas tu bleyh smbung degree…mesti best.mmg hasrat mama nk saya belajar di UNITEN,maklumlah U tu antara universiti terbik di dlm asia nie.mmg  x dpt dinafikan saingan di sana sangat ramai,bukan bangsa melayu je,cina ,india malahan kaum negro pun ader kt sana.pengalaman belajar dengan budak negro byk mengajar saya erti kehidupan.mereka lebeh pentingkan diri sendiri.so kita kne struggle lebeh lah.syukur sangat di UiTM sistem pembelajaran sangat sesuai dengan keadaan diri saya.

keputusan exam saya di UNITEN sangat mengecewakan mama n ayah.saya tahu mereka sangat kecewa dengan saya tapi mereka sembunyikan,nekad hati saya untuk quit dari UNITEN,mmg boleh je klo nk teruskan pengajian kat sana tapi saya terpaksa tanggung risiko ,mun gkin saya akan menyusahkan ramai pihak klo saya trus blaja di sana.

rasa sangat teruk bila kita telah hancurkan harapan keluarga kita.hati nie x siapa yang tahu.tu lah mungkin selama disana saya banyak nk main n x mahu blaja betul.selama hampir setahun saya disana.selama setahun tu lah saya dibelenggu dengan rasa bersalah kt mama n ayah sebab kelalaian saya.

setelah masuk ke UiTM walaupun agak lambat,pengalaman yang lalu saya x adikan sejarah tapi pengajaran untuk menjadi manusia yang lebih baik.bende yang paling beharga adalah kesilapan yang kita jadikan sebagai pengajaran bukan sebagai sejarah.perkara ini ada saya ceritakan kepada sahabat saya .harap dia sedia mendengar nasihat dan yang paling penting memperbetulkan kesilapannya berpandukan pengajaran yang lalu,masih belum terlambat untuk memperbaiki diri,saya dan teman yang lain sedia membantunya.x perlu nk merendah diri dengan kami,setiap manusia punya silap sendiri,antara tuuan kita bersahabat adalah untuk saling ingat mengingati antara satu sama len.

khususan ya sahabat

ERTI KAWAN:
SAHABAT(TEMAN)
BERSAUDARA
PENASIHAT
SUSAH SENANG BERSAMA
PENDORONG
SANGGUP BERPISAH KERANA KEBENARAN

2 PERKARA YANG MESTI KITA LUPAKAN
KEBAIKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBURUKAN ORANG LAIN PADA KITA

2 PERKARA YANG MESTI KITA INGAT
KEBURUKAN KITA PADA ORANG LAIN
KEBAIKAN ORANG LAIN PADA KITA

MUTIARA KATA SEORANG SUFI
HAK SEORANG KAWAN
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMBERI BANTUAN KEPADANYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MEMBERI KESUSAHAN KEPADANYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MENGGEMBIRAKANNYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENDUKACITAKANNYA,
JIKA ENGKAU TIDAK MAMPU MEMUJINYA,
JANGANLAH PULA ENGKAU MENGEJINYA…

CINTAILAH orang yang engkau cintai sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau benci pula
BENCILAH orang yang engkau benci sekadarnya saja,
siapa tahu suatu hari nanti ia menjadi orang yang engkau cintai pula