ukhwah fillah fi abadan abada

Ya Allah,mmg kebesaranmu mempertemuakan saya dengan rakan sekolah rendah.hampir 8 tahun x jumpe dengan mereka…teknologi ini yang merupakan medium penyambung ukhwah kami….

memang tidak disangka perpisahan kami di umur 12 tahun mula tersambung setelah masing2 hampir berusia 20 tahun,syukur padamu ya rabb..semua ada halatuju sendiri,kebanyakan dari mereka menyambung pengajian di peringkat universiti.Alhamdullilah,rakan2 saya berjaya melaksanakan tugas mereka sebagai anak tambahan pula sebagai khalifah di muka bumi ini.

idea ini tercetus oleh seorang sahabat ,mohd khairi.dia yang memulakan aktiviti pengumpulan rakan2 kami.usaha khairi tu mmg berhasil. rupa2nya bukan saya sahaja yang tertunggu2 detik ini bahkan ramai lagi yang mempunyai niat yang sama..kami masih merancang untuk berjumpa secara realiti,buat  masa ini kami hanya berbual2 diantara kami dengan mengunakan lama social networking yang ada,alhamdullilah kami dapat manfaatkan tenologi yang ada dengan sebaik2nya.kami masih merancang untuk pertemuan ini, yang lain kami serahkan pada Allah. Diharap kalian semua dapat doa kn pertemuan kami,mungkin waktu sekarang tidak sesuai kerana cuti semester kami hampir habis,mungkin di lain waktu .

saya sangat merindui zaman itu,tawa seorang sahabat masih segar dalam ingat,cuma kejanggalan saya untuk bertemu dengan mereka akan membuat perasaan saya bertambah malu,hakikat yang x boleh di sembunyikan ,ikatan uhkwah seorang sahabat diantara sahabatnya yang lain hanya boleh dipisahkn oleh maut…..

wallahu a’alam bil muradik…